Jemputan Jamuan Perpisahan

5/30/2009 06:02:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Duduk dari kiri :
Penulis, Hafiqi dan Ainuddin.

Berdiri dari kiri :
Farhan, Rahmat, Syakir, Hafizuddin, Aiman, Abu, Suhail dan Muizzudin.

Tanggal 29 Mei 2009, jamuan ringkas telah diadakan sempena perpindahan sekolah saudara Suhail, pelajar Ting 5 2009 ke sekolah baru. Semoga perpindahan ini menjadikan beliau seorang pelajar yang lebih tekun dan tabah menghadapi alam persekolahan. Bersedih di atas keputusan beliau, semua rakan tetap akur dan redha dengan ketentuan Ilahi. Semoga ikatan ukhuwwah islamiyyah yang terjalin selama ini akan terus kekal biar pun kita terpaksa berpisah sementara. Doa dan harapan juga kami panjatkan kepada Ilahi agar kami ditemukan semula pada suatu nanti. Ucapan dedikasi buat Suhail ........ Sentiasa mengingati Allah dalam apa jua situasi dan sentiasalah berdoa kepada-Nya agar ditunjukkan jalan yang lurus hingga ke akhir perjalanan setiap insan. Manfaatkanlah semua peluang yang ada dan anggaplah ia sebagai peluang yang terakhir diberikan ........

عن أبي هريرة رضي اللَّهُ عنه

عنِ النبي صلى الله عليه وسلم قال:

( سبعة يظلهم اللَّه تعالى في ظِلِّهِ يوم لا ظلَّ إلا ظله: إمام عدل، وشاب نشأ في عبادة اللَّه، ورجُلٌ قلبُهُ معلَّق في المساجدِ، ورَجلان تَحابا في اللَّهِ اجتمعا عليهِ وتفرقا عليه، ورجل دعته امرأة ذات مَنصب وجَمال فقال: إني أخاف اللَّهَ، ورجُل تَصدَّق بصدَقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تُنفق يمينهُ، ورجل ذكر اللَّه خاليا ففاضت عيناه )


Daripada Abu Hurairah RA berkata :
Bersabda Rasulullah SAW ( bermaksud ) :
( Tujuh golongan manusia yang akan mendapat teduhan Allah Taala pada hari di mana tiada teduhan melainkan teduhan-Nya ; 1) Seorang pemimpin yang adil, 2) seorang pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya sentiasa bergantung di masjid-masjid, 4) dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah pula kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang diajak oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan untuk melakukan dosa lalu dia berkata ; sesungguhnya aku takutkan Allah, 6) seorang lelaki yang bersedekah lalu dia menyembunyikannya sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, 7) dan seorang lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu berlinang matanya )

Riwayat Imam Al Bukhari : no hadith 1403

Awas !! Jangan Peningkan Kepala

5/30/2009 05:11:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Cuba perhatikan betul gambar-gambar di bawah ini. Tiada istimewanya... Seperti gambar-gambar yang lain. Tapi awas !! Itu jika dilihat sekali imbas tanpa kita merenung lebih jauh ke dalam. Langkah pertama, klik pada gambar untuk dapatkan imej yang lebih besar . Kedua, Fokuskan pandangan, pusatkan pemerhatian dan tembusi permukaan luarannya dengan panahan mata yang tajam. Pasti anda akan dapat melihat objek / sesuatu yang amat jelas di dalamnya. . Selamat mencuba.... Kalau gagal jangan marah yeee...









Fakta-Fakta Menarik

5/28/2009 10:10:00 PM, Posted by die_laksamana, One Comment

Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.

0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.

Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

Bolivia ada dua ibu negara.

Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km

Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan

Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia

Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"

Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.

Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu. Adakalanya sehingga 6 inci.

Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.

Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia

Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.

King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau di besarkan di Jerman.

Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965

Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya yang memiliki nama yang sama.

Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.

Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)

Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.

Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.

Kod talipon untuk Russia ialah ' 007 '

Harga bagi burger McDonald's Extra Value di Russia sama dengan purata sebulan gaji pekerja Russia

Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut 'saya mendengar'

Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia

1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia

Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya di naiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.

Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.

Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.

Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.

Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498

Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar.

Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.

98% mayat di Jepun dibakar.

Nombor 'four' di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam bahasa Jepun sama dengan perkataan 'mati'

Ada tempat di Jepun dinamakan 'O'

Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai senjata perang.

Nama tempat terpanjang di dunia ialah : 'Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

Pulau terbesar di dunia ialah Greenland.

Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.

Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih.

Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.

Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.

Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.

Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan membunuhnya.

Kucing boleh dengar bunyi ultrasound

Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat

Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda.

Air kencing kucing bercahaya dalam gelap

Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.

Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.

Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.

Deria rasa rama-rama di kakinya.

Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya

Tapak Sulaiman tak ada otak

95 % dari badan obor-obor adalah air.

Jantung ikan paus biru hanya berdenyut 9 kali seminit.

Panjang lidah sesumpah dua kali panjang dari badannya.

Lidah buaya melekat pada lelangit di mulutnya.

Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta bahagian air.

Tapak Sulaiman boleh pusing perutnya keluar.

Cacing pita akan makan diri sendiri kalau tak jumpa makanan.

Lintah ada empat hidung

Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna biru.

Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi tak boleh terbang.

Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu

Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang.

Kucing ada lebih 100 nada vokal (bunyi), anjing ada sepuluh saja.

Tikus mondok boleh menggali lubang sedalam 91 meter ( 300 kaki ) dalam tempoh satu malam.

Serangga mengatasi jumlah manusia dgn nisbah 100,000,000 serangga - seorang manusia

Sesumpah boleh menggerakkan mata mereka ke arah yg bertentangan pada satu masa.

Seekor lembu sepanjang hayatnya memberikan sebanyak 200,000 gelas susu.

Bila ikan jerung menggigit, matanya bertukar hitam dan giginya terkeluar.

Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang

Serangga terbesar yang pernah ada di bumi ialah pepatung yg mempunyai sayap sepanjang 3 kaki.

Unta mengunyah makanan dalam bentuk no 8.

Ikan Paus Biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 100 kaki dan seberat 150 tan.

Kucing, unta dan zirafah berjalan dengan cara kaki kanan, kaki kanan, kaki kiri, kaki kiri.

Seekor singa di hutan biasanya membunuh lebih dari 20 mangsa setiap tahun.

Lebah madu ada bulu pada matanya.

Untuk sampai ke sungai atau tasik dimana belut menghabiskan sebahagian besar hidupnya, ia berenang sehingga 4,827 km tanpa henti.

Adalah menyalahi undang-undang membela binatang di Iceland.

Siput mengawan hanya sekali dalam hidupnya.

Tahi ayam keseluruhan hidupnya boleh menghasilkan electrik dan menyalakan mentol lampu 100 watt selama 5 jam.

Kalajengking boleh bertahan 200 kali lebih dari manusia jika terkena radiasi bom nuklear.

Ulat bulu ada purata 248 otot di kepalanya

Anda mungkin boleh mendahului(di depan) seekor lembu ketika menaikitangga tetapi tak boleh mendahuluinya ketika menuruni tangga...

Kanggaroo tak boleh melompat melainkan ekornya menyentuh tanah dulu.

Ikan lumba-lumba tidak bernafas secara automatik, sebaliknya mereka perlu memberitahu diri sendiri supaya bernafas.

Kucing boleh tidur sehingga 16-18 jam sehari.

Babi boleh menghasilkan banyak produk, antaranya butang, gelas, berus cat, krayon, kapur dan lain-lain.

Permaisuri anai-anai boleh hidup sehingga 50 tahun dan melahirkan anak sebanyak 30,000 sehari.

Makanan yg paling disukai oleh lipas ialah gam di belakang stem.

Ikan tuna berenang pada kelajuan 14 km sejam dan menurut saintis seekor ikan tuna yang berusia 15 tahun biasanya telah berenang sejauh 1,609,000 km.

Seekor badak yang dewasa boleh menelan separuh badan buaya yang sebesar 12 kaki panjang.

Daripada 4000 spesis mamalia di dunia, 900 darinya adalah spesis kelawar.

Anai-anai teransang dengan muzik. Jika anda memasang muzik, anai-anai akan memakan rumah anda 2 kali lebih pantas.

Nama Kanggaroo asalnya ialah bila beberapa orang pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat, lantas mereka bertanya pada orang asli di sana apa nama binatang tu, Orang asli menjawab 'Kanguru' (yang bermaksud 'tak tahu')

Otak manusia mempuyai lebih kurang 100 bilion sel saraf.

Saraf berdenyut dari dan ke otak selaju 274km sejam.

Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.

Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara.

Secara purata, kelajuan batuk yg keluar dari mulut anda ialah 96 km sejam.

Bergantung pada saiz, otot paling kuat di tubuh manusia ialah lidah.

Apabila anda bersin, seluruh fungsi badan anda berhenti termasuk jantung.

Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.

Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun lebih pendek.

Kanak-kanak membesar lebih cepat di musim panas.

Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu.

Orang yang berambut perang punyai lebih banyak rambut dari yang berambut hitam.

Jika anda buta sebelang mata, anda hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung deria menjarak.

Hidung dan telinga akan terus membesar sehingga anda mati.

Purata setiap kulit kepala ada 100,000 helai rambut.

Purata setiap tahun manusia mengelipkan mata sebanyak 6,205,000

Jika diukurpanjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang manusia ialah 30 meter.


Tengkorak anda terdiri 29 jenis tulang.

Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung di atas kematian kucing mereka.

Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang.

Rambut dan kuku adalah dari satu bahan.

Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi hanya 5% saja yang digunakan.

Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.

15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.

Buah pinggang menghasilkan insulin

80 peratus tubuh manusia adalah air

Jantung manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki.

Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda cuma ada 206 tulang.

Tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit.

Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.

Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sebanyak 3000 kali sepanjang hayatnya dan mengepam 48 juta galen darah.

Dalam sehari, manusia akan bernafas sebanyak 23,040 kali.

Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.

Kapal Titanic bergerak selaju 22 knots ketika ia berlanggar dgn bungkah ais.

Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. '7' dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala 'up' pula kerana buihnya yang naik ke atas.

Doktor gigi menasihatkan kita supaya menyimpan berus gigi jauh 6 kaki dari toilet untuk mengelak percikan air jamban bila kita flush.

Pada zaman Rom purba, orang yang hidungnya bengkok dianggap bakal seorang pemimpin.

Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982.

Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

Buah strawberi ada lebih vitamin C dari buah oren.

Sebarang cecair di angkasa berbentuk bulat akibat tekanan graviti

Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

1 hari di planet Pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

Pasukan polis yg pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pd tahun 1667

Perang terpendek ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38 minit.

Setiap dari kita menghasilkan 3.5 pound sampah setiap hari dan kebanyakannya ialah kertas.

Tiada kertas yg boleh dilipat lebih dari 7 kali.

Seorang dari 4 rakyat Amerika Syarikat pernah muncul di kaca tv.

Rakaman suara yang pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamanya ialah' Mary had a little lamb'

Hobi yg paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.

Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

Kebanyakan vitamin C pada buah ialah di kulitnya.

Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.

Produk pertama yang menggunakan bar kod ialah Wringleys gum.

Raja (King) Heart dalam daun terop satu-satunya raja yang tak ada misai.

Kerusi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi.

Setiap galen air laut ada 1/4 paun garam

American Airlines menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1

Kapalterbang Jumbo menggunakan 4,000 galen minyak untuk terbang.

Planet Venus adalah satu satunya planet yang berputar mengikut arah jam.

CD pertama yang dikeluarkan ialah di US olah Bruce Springsteen (Born in USA)

Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain

Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah.

Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.

Novel Tom Sayer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesintaip.

Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati

Pemilik pertama Syarikat rokok Malboro mati akibat kanser paru-paru.

37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 - 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih. Misalnya, 37,037 X 4 X 3 = 44444

Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321

Perkataan utk polis 'Cop' berasal dari perkataan 'Constable of Patrol' di England.

Perkataan Jepun 'Karaoke' bermaksud 'Orkestra Kosong'

Perkataan 'Good-bye' asalnya dari perkataan 'God be with you'

'So Long' berasal dari perkataan Arab ' Salam '

Perkataan 'racecar' dan 'kayak' jika diterbalikkan adalah sama.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A

Perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa parsi 'shah mat' yang bermaksud 'raja dah mati'

Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad

Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri.

Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.

Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinhausenbergerdorft Senior'

Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci

Nama sebenar Tina Turner ialah Annie Mae Bullock

Walt Disney amat takut dengan tikus

Bunyi E.T berjalan dibuat dengan meramas agar-agar dalam tangan

Gula mula dibubuh dalam Chewing gum oleh seorang doktor gigi, William Semple

Kertas dicipta pada abad kedua di China

Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat.

Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.

Penaip terpantas di dunia menaip 211 perkataan seminit.

Kapal terpantas di dunia seberat 112 tan dan bergerak dlm kelajuan 164 km sejam.

Bandaraya moden yang pertama di dunia yg mencapai penduduk 1 juta orang ialah London pada tahun 1811

New Zealand adalah negara pertama di dunia yang membenarkan perempuan mengundi.

Kebanyakan orang mempunyai tahap IQ 90 - 109, William James Sidis disahkan sebagai manusia yang punyai IQ tertinggi di dunia iaitu diantara 250 - 300. Pada usia 18 bulan beliau boleh membaca akhbar New York times, Pada usia 2 tahun dia belajar bahasa latin, pada usia 3 tahun dia belajar bahasa Greek. Setelah dewasa dia boleh menguasai lebih 40 bahasa di dunia. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat sebagai kuli biasa.

Angel falls di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia pada ketinggian 3,212 kaki.

Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia, iaitu lebih sejuta pekerja.

Bunga terbesar di dunia ialah Rufflesia, membesar sehingga 10 kaki.

Pokok terbesar di dunia ialah sejenis pokok yang bernama 'The General Sherman Tree'. di Sequola National Park. Setinggi 275 kaki dan 37 kaki lebar.

Olympus Mons, sebuah gunung berapi yang terdapat di planet marikh adalah gunung berapi yang terbesar yang pernah dijumpai di cakrawala. Seluas 595 km dan setinggi 24 km.

Jupiter, planet ke lima dari matahari, adalah planet terbesar sekali. Ianya dua kali ganda lebih besar dari gabungan kesemua planet yg lain.

Kura-kura terbesar yang pernah ditemui ialah seberat 2,016 paun.

Objek terbesar yang pernah ditemui dalam loji pembentungan Los Angeles, Amerika ialah sebuah motosikal.

Misai terpanjang di dunia ialah 133 1/2 inci yg dimiliki oleh Kalyan Ramji Sain.

Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.

Pada suhu 40%C, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan bernafas.

3000 dari 1 juta rakyat Amerika menjadi penghisap rokok setiap tahun. Kebanyakan darinya adalah kanak-kanak.

Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada dilangit dengan kadar 1 bintang satu saat, anda memerlukan masa 3000 tahun untuk mengira kesemuanya.

Purata setiap orang akan menghabiskan masa selama 2 minggu dari keseluruhan hidupnya untuk menunggu lampu trafic bertukar.

Lebih 2500 orang yang tangan kidal mati di seluruh dunia akibat menggunakan peralatan utk tangan kanan.

Hanya 1 dari 2 billion manusia yang akan hidup lebih dari 116 tahun.

Anda berkongsi hari jadi bersama-sama 9 juta orang lain di seluruh dunia.

Lebih kurang 0.7 % penduduk dunia mabuk setiap detik.

Purata kita tidur 24 tahun dari keseluruhan hidup kita

Janggut manusia mengandungi 7000 hingga 15,000 bulu.

Rambut, 70% lebih mudah digunting jika ianya direndam dulu dengan air suam selama 2 minit.

Peningkatan jumlah kereta di dunia 3 kali lebih banyak dari jumlah kadar kelahiran manusia.

Filem animasi Tarzan, dibuat oleh seramai 1,175 pelukis animasi dan mengambil masa 3 tahun untuk siap.

Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjangh hidupnya.

Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chimpanzees.

Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam.

Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.

Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.

Berat bau ialah lebih kuang 760 nanograms.

Bumi mengalami 50,000 kali gempa bumi setiap tahun

Memandu dengan kelajuan 121 km sejam, anda memerlukan masa selama 258 hari untuk mengelilingi lingkaran planet saturn.

Beg udara di kereta akan meletup pada kelajuan 322 km sejam.

1/3 penyakit kanser ada kaitan dengan matahari.

Ada 1000 kimia dalam secawan kopi.

7 bilion kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh

Berat Bungkah ais batu di kutub di dunia ialah 20 juta tan.

Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang.

Otak anda seberat 3 paun, semuanya air kecuali 10 aun.

Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata setiap manusia akan dapat 100 kaki persegi.

Purata setiap orang membuat 1,140 panggilan talipon setahun.

Di abad pertama, 1/3 penduduk dunia memeluk Islam

75% surirumah di Amerika Syarikat menguruskan kewangan di rumah

1/4 dari tulang anda adalah di kaki

Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki.

Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.

Berat bumi ialah 6,588,000,000,000,000,000,000,000,000 tan

Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun

Mimpi adalah dalam hitam putih dan bukan berwarna

Purata setiap orang ketawa 15 kali sehari

Sejak 3500 tahun, darinya hanya 230 tahun saja dunia aman tanpa perang.

Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya

Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.

Pada 1980, Hospital Las Vegas menggantung pekerjanya yang bertaruh bila seseorang pesakit itu akan mati.

Di Utah, adalah menyalahi undang - undang jika bersumpah di hadapanmayat.

1 dari 7 orang di Manhattan berjalan kaki ke pejabat.

Kacang adalah salah satu dari bahan di dalam dynamite.

Sekarang ada 6 bilion penduduk dunia, pada tahun 1900 cuma ada 1.6 bilion sahaja.

Planet Neptune belum lagi melengkapkan putarannya mengelilingi matahari sejak ia mula ditemui pada 1846. Oleh kerana ia mengambil masa 155 tahun untuk melengkapkan pusingan, ianya hanya akan berlaku pada tahun 2011

Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.

Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang - 350 kambing

Teleskop dicipta pada tahun 1608 oleh seorang pembuat cermin mata.

Sehingga tahun 1820, semua saintis menyangka alam semesta berusia 6000 tahun. Kini telah diketahui bahawa alam semesta sebenarnya telah berusia 15 bilion tahun.

Hanya 4 % dalam alam semesta yang boleh kita lihat

Ketika zaman dinasor tak ada rumput. Rumput mula muncul menjalar dari pokok buluh 24 juta tahun lalu.