Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Sayyidul Istighfar

2/25/2012 12:26:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Bermaksud ;
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang berhak diabdikan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Engkau telah menjadikanku dan aku adalah hamba-Mu dan aku di atas perintah dan perjanjian-Mu sekadar kemampuanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Maka, ampunilah dosaku, sesunguhnya tiada yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.

Pesanan ;

Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim mengamalkan doa ini setiap pagi dan petang kerana fadilat yang dijanjikan oleh Allah Taala adalah amat besar dan ianya digelar sebagai Sayyidul Istighfar ( ibu atau ketua bagi segala istighfar ).

Ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab sahihnya ( no hadith 5831 ) daripada Syaddad bin Aus RA berkata, bersabda Nabi SAW ( bermaksud ) : “ Ibu segala istighfar ialah apabila kamu berkata …….( doa di atas ) ……Dan sesiapa yang membacanya di siang hari dalam keadaan dia yakin dengannya lalu dia mati pada hari tersebut sebelum tiba waktu petang, maka dia adalah daripada penghuni syurga. Dan sesiapa yang membacanya di malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya lalu dia mati pada malam tersebut sebelum tiba waktu pagi, maka dia adalah daripada penghuni syurga ”.

Sentiasa Lazimi Doa dalam Kehidupanmu

2/01/2010 11:53:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

D
oa memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Merupakan satu ibadah yang sangat dituntut dalam agama Islam. Ianya merupakan simbol kepada keperluan dan hajat seorang hamba di hadapan Penciptanya iaitu Allah Taala. Selain itu, ianya adalah perisai yang amat ampuh menangkis segala kemudharatan sama ada dari dalam mahu pun luar. Apa tidaknya, apakah di sana masih terdapat jalan atau cara yang boleh menyaingi apatah lagi menandingi apa yang telah diajarkan oleh Baginda SAW yang menerima perutusan/wahyu daripada Allah Taala Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dengan sebab itu, Baginda SAW telah mengajarkan kepada para sahabatnya agar sentiasa berpegang kepada ' perisai ' ini agar kehidupan mereka aman dan sejahtera. Ikutilah satu terjemahan sebuah buku yang berjudul Hisnul Muslim ( Perisai Seorang Muslim ) yang yang dikarang oleh Syeik Said Wahf Al Qahthaniy...Semoga Allah Taala memberi ganjaran yang besar kepada beliau dan kepada mereka yang berusaha menyebarkannya kepada orang lain untuk dimanfaatkan bersama...Aamin...

Kitab Hisnul Muslim (Kumpulan Doa Dari Al Quran Dan Hadits) - Said Wahf Al Qaththani