Lupa dan ingat adalah dua perkara yang paling sering dialami manusia sepanjang hidupnya. Dengan mengingat segala hal penting pastinya boleh membuat urusan kita lebih mudah. Sebaliknya kalau sedikit-sedikit lupa atau lupa terus, sudah pasti mengundang masalah yang amat besar dalam kehidupan
Ada 6 cara yang boleh membantu kita menambah kemampuan mengingat. Semoga terapi ini boleh membantu.
1. Bangun pagi dan cium rosemary.
Dalam sebuah kajian tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untuk melakukan siri uji cuba tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, dan uji reaksi dan perhatian. Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tidak bau, beberapa bilik dengan bebauan dari minyak esensi rosemary, dan selebihnya bekerja dengan bebauan minyak lavender.
Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan mempunyai keputusan yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpa bebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih buruk dalam hal kerja ingatan. Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan). Nah, yang bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.
Wah, rupanya lavender memang bagus untuk mengusir nyamuk. Tapi kesan sampingannya boleh membuat kita lebih suka tidur. Ini mungkin baik utntuk mereka yang susah nak tidur. Boleh cuba lepas ni.
2. Makanan untuk berfikir
Untuk menjaga ingatan tetap muda meski otak mulai menua, saintis menyarankan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan lobak merah.
Antioksidan merupakan molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkan elektron yang disebut dengan ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di aliran darah. Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak.
Yang kedua, sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang paling penting adalah omega-3. Agar supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadineuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak. Nah, omega-3 ditemui di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan
3. Kunyah gula-gula getah
Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggeris mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka panjang dan jangka pendek berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa.
Para saintis menduga, tindakan mengunyah gula-gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyut jantung, atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak yang diberi nama hippocampus yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.
4. Permainan otak
Sebuah program yang disebut dengan Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintissaraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di SanFrancisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan, konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka.
Tentu saja, selalu ada sukan otak yang klasik dan murah meriah, seperti Sudoku dan teka-teki silang yang boleh ditemui di mana sahaja. Latihan-latihan itu akan menggugah pengetahuan dan membantu saraf-saraf di dalam otak saling bersambungan.
5. Tidur.
Dalam skala kajian di lab menggunakan tikus, saat tikus tidur, dua kawasan di otak -hippocampus dan medial prefrontal cortex, kawasan yang berkaitan dengan pengambilaningatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu. Proses ini dipercayai sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk.
6. Berjalan kaki
Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusutseiring usia. Namun kajian pada tahun 2011 memberikan khabar bagus: orang dewasa yang beranjak tua yang rutin melakukan jalan kaki dapat mempertahankan kelantanganhippocampus.
Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaignitu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun. Mereka melakukan jalan kaki tiga kali seminggu masing-masing selama 40 minit.
Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang sedikit di atas 1 peratus daripada volumenya, secara rata-rata. Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan kira-kira 2 peratus pada kelantangan anterior hippocampus, membalikkan penuaan semulajadi hippocampus selama dua tahun.
Ilmuwan percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stresringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak. Kemungkinan juga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak sehingga semakin banyak nutrisi danoksigen yang dihantarkannya.