Solat Tasbih

8/17/2012 11:51:00 AM, Posted by die_laksamana, No Comment


Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana nak kerjakan Solat Tasbih. Pada ruangan ini, jom kita kongsikan caranya semoga bermanfaat bagi sesiapa yang inginkan kebaikan. Sebelum tu tu, kita lihat dulu apa fadilatnya agar dapat beri sedikit motivasi....

Bersabda Nabi SAW kepada bapa saudaranya Al Abbas bin Abi Al Muttalib RA :

( ....sekiranya engkau mampu mengerjakannya ( iaitu solat tasbih ) sekali dalam sehari, maka kerjakanlah. Sekiranya engkau tak mampu, maka kerjakanlah sekali dalam setiap kali jumaat ( seminggu sekali ). Sekiranya engkau tak mampu, maka kerjakanlah sekali pada setiap bulan. Sekiranya engkau tak mampu, maka kerjakanlah sekali dalam setahun. Sekiranya engkau tak mampu, kerjakanlah sekali dalam tempoh hidupmu )

Status hadith : Sahih Lighairi
Rujukan ;
1) Sahih Abi Daud ( 1173 )
2) Sahih Misykat Al Mashobih ( 1328 )
3) Sahih Al Jami' As Shoghir ( 7397 )

Ikutilah cara berikut ;

1) Solat Tasbih dikerjakan dengan 4 rakaat ( 2 salam )
2) Dibacakan Al Fatihah dan surah ( pilih sendiri ) pada setiap rakaat
3) Selepas membaca surah dalam keadaan berdiri, hendaklah dibaca ( subhanallah,
alhamdulillah, la ilah illa Allah, Allahuakbar ) sebanyak 15 kali
4) Kemudian ruku' dan baca bacaan ketika ruku', selepas itu bertasbih dengan tasbih
di atas sebanyak 10 kali
5) Kemudian i'tidal dan baca bacaan lazimnya, selepas itu bertasbih sebanyak 10
kali
6) Kemudian sujud dan baca bacaan ketika sujud, selepas itu bertasbih sebanyak 10
kali
7) Kemudian duduk antara dua sujud dan selepas bacaan lazimnya, bertasbih sebanyak 10
kali
8) Kemudian sujud kedua dan selepas bacaan lazimnya, bertasbih sebanyak 10
kali
9) Kemudian duduk sebelum bangkit untuk rakaat kedua, bertasbih sebanyak 10
kali

** Dikerjakan dengan cara di atas pada rakaat kedua dan memberi salam. Kemudian dikerjakan sekali lagi sepertimana solat pertama. Jumlah tasbih semuanya ialah sebanyak 300 kali.

Doa sebelum memberi salam

Ada sesetengah orang membaca doa di bawah ini selepas membaca tasyahhud, sebelum memberi salam.


















Perlu diberi perhatian di sini bahawa doa tersebut tidak tahbit secara sahih daripada Nabi SAW. Riwayatnya adalah terlalu lemah ( dhaif jiddan )
Sila rujuk : Kitab Dhoif At Targhib Wa At Tarhib, tulisan Syeikh Nasiruddin Al AlBani - Kitab An Nawafil, juzuk 1 m/s 104 )

No Comment