Sekadar Memberi Pendapat

5/26/2009 03:53:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Sedar atau pun tidak, budaya ini dahulunya hangat diperkatakan di semua peringkat. Kemudian, tiba-tiba diam seketika apabila isu berkenaannya mendapat liputan agak melauas di dada-dada akhbar. Komen demi komen diberikan. Hari ini, ianya muncul kembali tatkala masyarakat ' lupa ' akan kewujudannya.

Isunya ialah, remaja lelaki dan perempuan ' diperalatkan' untuk tujuan mengutip derma bagi membina atau membiayai kos penyelenggaraan rumah anak-anak yatim di sebuah negeri di Semenanjung .... Seringkali kelihatan anak-anak kecil ( dalam lingkungan sekolah menengah ) lelaki mahu pun perempuan berdiri di stesen-stesen minyak / restoran menagih simpati orang ramai atas nama nama anak-anak yatim. Kadang-kadang mereka berada di situ sehari suntuk hingga dalam keadaan tiada siapa orang yang mengambil peduli terhadap makan minum dan keselamatan mereka. Lebih menyedihkan, perempuan-perempuan yang masih mentah tentang kehidupan terpaksa menagih derma dan simpati orang ramai tanpa menghiraukan keselematan mereka sendiri....Besar sungguh 'pengorbanan' ini.
Persoalannya, kenapakah anak-anak ini ? Apakah mereka ' gunakan' kanak-kanak lelaki dan perempuan agar orang ramai merasa lebih simpati lantas menghulurkan bantuan? Kenapakah korbankan waktu persekolahan mereka dengan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh orang lain ? Apakah ini kesempitan yang keterlaluan sehingga memaksa mereka merayu, merintih dan menebalkan muka mereka atau pun mereka sebenarnya dipaksa ?

Pernahkan kita terfikir, adakah anak-anak ini 'jujur' dalam usaha mereka atau pun ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kenaifan mereka ? Benar atau tidak, apa yang dilakukan oleh mereka amatlah tidak sesuai dan sepatutnya dipandang serius oleh masyarakat setempat dan pihak-pihak berwajib. Dalam usia ini, mereka sepatutnya berada di sekolah atau rumah mentelaah mata pelajaran. Memberi tumpuan yang sewajarnya kepada pelajaran. Mereka tidak sepatutnya digalas dengan perkara-perkara yang bukan masa dan ketikanya atas alasan aktiviti ' ko kurikulum '. Kalaulah benar mereka yang bertanggungjawab ini ingin membantu mereka, bekalkan mereka dengan ilmu pelajaran yang mencukupi....Bukannya dengan 'mengeksploitasi' tulang empat kerat mereka.... Itu jika benar, kalau tidak besarlah azab Allah Taala ke atas orang-orang yang menzalimi mereka. Berfikirlah sejenak.....

No Comment