Nurul Adila ( Tarikh lahir 31 Julai 2001 ) Nurul Afifa ( Tarikh lahir 22 November 2005 )Nurul Asima ( Tarikh lahir 16 Jun 2009 )
Gambar Ini Diambil Selepas 1 Hari DilahirkanTepat jam 5.00 petang, 16 Jun 2009 bertempat di Hospital Kajang, kedengaran tangisan seorang bayi di bilik bersalin. Selama 10 jam si ibu mempertaruhkan nyawa demi sebuah kehidupan. Tangisannya diringi dengan air mata kegembiraan orang-orang yang menyanyanginya. Syukur tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi di atas kurniaan yang amat bernilai ini. Apa yang tinggal sekarang adalah tanggungjawab membesar dan mendidiknya. Selamat datang ke dunia yang penuh dengan warna-warni dan pancaroba ini. Wahai anak-anakku… Ingatlah pesan, wasiat dan doa kedua ibu bapamu. Semoga kehidupan kalian di dunia ini sentiasa disinari cahaya keimanan dan kebahagian :
Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah akan memelihara hak-hak kamu.
Carilah keredhaan Allah nescaya Allah akan meredhai kamu dan melimpahkan keredhaan manusia terhadap kamu.
Kasihkan Allah dan Rasul-Nya nescaya Allah mengasihimu dan memasukkan perasaan kasih sayang manusia terhadapmu.
Berbuat baik sesama makhluk nescaya kamu akan mendapat kebaikan daripada mereka.
Bermafaan sesama manusia nescaya mereka akan memaafkan kesalahanmu.
Suburkan perasaan hormat sesama manusia nescaya kamu dihormati
Basahkan lidahmu dengan selalu menyebut nama-Nya nescaya Dia akan sentiasa menyebutmu di kalangan malaikat-malaikat-Nya yang mulia.
Redhalah dengan apa jua ketentuan Ilahi nescaya kamu akan sentiasa syukur dengan apa yang kamu miliki.
Sabarlah di atas apa jua dugaan dan rintangan nescaya kamu akan merasa insaf bahawa di sana terdapat insan lain yang yang menderita.
Hiburkanlah hatimu dengan solat dan menyebut kalimah-kalimah-Nya nescaya kamu akan sentiasa tenang dan gembira.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kesejahteraan dan kebahagian kepada seluruh ahli keluarga kami, hidupkan dan matikan kami dalam keadaan iman, janganlah Engkau menguji kami dengan ujian diluar kemampuan kami, sematkanlah rasa syukur dan redha terhadap apa jua kurniaan dan pemberianmu kepada kami, berikanlah kami akan rahmat-Mu untuk memasuki syurga-Mu
Amin Ya Rabbal Alamin