8 Tempat Pelik Di Dunia

11/03/2010 08:58:00 AM, Posted by die_laksamana, No Comment

1. PAMUKKALE - TURKEY
Kolam ni dikatakan terjadi selepas satu gempa bumi di Turki beribu tahun dulu yang membuatkan tanah-tanah itu ada yang naik dan ada yang turun. Terdapat mata air panas di bawah tanah tersebut dan apabila berlaku gempa gempa bumi tu, air panas itu naik ke atas. Air panas tersebut mengandungi kalsium yg sangat tinggi. Pamukalle bermaksud Istana Kapas di sebabkan warna air yang berwarna putih susu. Pada zaman Greco-Romans, mereka membina kota yang diberi nama Heirapolis dan menggunakan tempat ni sebagai "Healing Place". ( Tempat ini telah ditutup oleh UNESCO sebab ada kejadian pelancong mandi di kolam tersebut )

2. MOERAKI - NEW ZEALAND
Batu yang besar ini terletak di Pantai Otago dan terjadi seperti proses mutiara terjadi (pendek kata ini sebagai mutiara gergasi ). Lagenda kaum Maori mengatakan batu ni dibawa nenek moyang mereka dalam sampan yang besar dan batu-batu ini adalah tinggalan kapal itu.

3. NINE HELLS OF BEPPU - JAPAN
Beppu, terletak di Kepulauan Kyushu adalah penghasil kolam air panas kedua terbesar di dunia. Diberi jolokan "Hell" kerana keadaan kolam yang macam pintu neraka masyarakat Jepun di tambah lagi dengan warnanya yang merah. Antara tempat tu adalah Sea or Ocean Hell (Umi Jigoku), Shaven Head Hell (Oniishibozu Jigoku), Cooking Pot Hell (Kamado Jigoku), Mountain Hell (Yama Jigoku), Devil or Monster Mountain Hell (Oniyama Jigoku,) Golden Dragon Hell (Kinryu Jigoku) and White Pond Hell (Shiraike Jigoku). Malangnya, petempatan di sekitar kolam tersebut semakin pesat dan tak hairanlah jika kolam-kolam ini akan ditutup suatu hari nanti.

4. GREAT BLUE HOLE OF BELIZE
Rasanya ramai yang tahu tempat ini. Blue Hole of Belize adalah salah satu pintu masuk ke dalam rangkaian gua di dalam laut. Ia berwarna biru disebabkan kedalaman air itu adalah dalam 130 meter. Gua-gua dalam rangkaian tu kebanyakannya kering maka sesiapa yang berani boleh mencuba skuba kat situ. Seronok tauu...

5. HELL'S DOOR - TURKMENISTAN
Terletak di Turkmenistan. Percaya atau tidak, tempat ini adalah buatan manusia. Pada tahun 1971, askar Soviet mendapat berita terdapatnya gas asli di situ lalu mereka mula mengoraknya. Selepas sampai kepada kedalaman 25 meter, bumbung tempat yang menyimpan gas tersebut runtuh dan mengakibatkan gas asli itu terbebas. Ianya terbakar selepas pihak Soviet ambil keputusan untuk tidak ada kes penduduk tempatan keracunan.
( Lihat pada waktu malam dan tempat ni boleh dilihat sejauh mata memandang. Bayangkan dari tahun 1971 tempat ini terbakar dan tidak berhenti-henti. Kalau diconvertkan kepada tenaga kereta kan bagus...tak payah nak guna petrol...)

6. SANQINGSHAN - CHINA
Taman Negara China ini biasa kita tengok dalam filem-filem fantasi mereka. Dikatakan syurga dewa masyarakat China. Mengikut lagenda, seorang puteri China memujuk 4 dewa alam iaitu api, air, angin dan tanah untuk membuat taman ni untuknya.
kalau anda berkesempatan ke sana, cubalah cari sudut yang terbaik dan anda akan jumpa empat elemen tu iaitu pancaran matahari ( api ), kabus ( angin ), air terjun ( air ) dan gunung (tanah)

7. EYE OF AFRICA - MAURITANIA
Cuba lihat google maps dan tengok.korg akan nampak bentuk mata.
Mengikut lagenda, tempat ni adalah tempat ujian bom nuklear ( testing ground bomb nuklear ) zaman dulu.

Cuba lihat melalui google map, folloe link di bawah ini
http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=mauritania&sll=
-29.822536,25.060404&sspn=17.151443,28.256836&ie=UTF8&hq=&hnear=Mauritania&ll=
21.048618,-11.304932&spn=2.31194,3.532104&t=h&z=8


8. RACETRACK PLAYA - USA
Batu ini bergerak setahun sekali. Setiap tahun tempat ini akan hujan dan akan membuatkan tanah yang kering menjadi lumpur. Yang menjadi misteri, batu-batu di situ ada yang seberat beratus kilogram dan tempat ini adalah tempat yang paling rata di dunia



No Comment