Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang berhak diabdikan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Engkau telah menjadikanku dan aku adalah hamba-Mu dan aku di atas perintah dan perjanjian-Mu sekadar kemampuanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Maka, ampunilah dosaku, sesunguhnya tiada yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim mengamalkan doa ini setiap pagi dan petang kerana fadilat yang dijanjikan oleh Allah Taala adalah amat besar dan ianya digelar sebagai Sayyidul Istighfar ( ibu atau ketua bagi segala istighfar ).
Ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab sahihnya ( no hadith 5831 ) daripada Syaddad bin Aus RA berkata, bersabda Nabi SAW ( bermaksud ) : “ Ibu segala istighfar ialah apabila kamu berkata …….( doa di atas ) ……Dan sesiapa yang membacanya di siang hari dalam keadaan dia yakin dengannya lalu dia mati pada hari tersebut sebelum tiba waktu petang, maka dia adalah daripada penghuni syurga. Dan sesiapa yang membacanya di malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya lalu dia mati pada malam tersebut sebelum tiba waktu pagi, maka dia adalah daripada penghuni syurga ”.