Fadilat / Kelebihan Surah Al Mulk

5/28/2009 03:20:00 PM, Posted by die_laksamana, One Comment

Jawapan kepada soalan yang diajukan kepada saya oleh salah seorang pelajar di Darul Quran, Kuala Kubu Selangor.

Banyak sekali pesoalannya ditimbulkan dan saya amat berbesar hati menyenaraikan fadilat / kelebihan surah Al Mulk berdasarkan nas-nas yang sahih. Semoga dengan pengetahuan yang sedikit ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Hadith-hadith sahih yang menceritakan tentang fadilat / kelebihan surah

Al Mulk :

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ عن النبي‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال :

(‏ ‏إن سورة من القرآن ثلاثون آية شفعت لرجل حتىغفر له وهي سورة ‏‏ تبارك الذي بيده الملك ‏ ) رواه الترمذي

Bermaksud :

Daripada Abu Hurairah RA berkata :

Sesungguhnya terdapat satu surah di dalam Al Quran mempunyai 30 ayat, ianya memberi syafaat kepada seseorang sehingga diampunkan baginya, dan ianya adalah surah تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi : No hadith 2968 dan Imam Ahmad : No hadith 7933 dan 8228.

Status Hadih : Hasan ( صحيح الترغيب والترهيب ) no hadith 1474

وعن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله :

( سورة من القرآن ما هي إلا ثلاثون آية خاصمت عن صاحبِها حتى أدخلته الجنةَ ، وهي سورة تبارك )

Bermaksud :

( Daripada Anas RA berkata : Bersabda Rasulullah SAW :

Satu surah di dalam Al Quran tiadalah ia melainkan mempunyai 30 ayat, ianya mempertahankan orang yang membacanya sehinggalah dia dimasukkan ke dalam syurga, dan ianya adalah surah تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Thobroni dalam Al Mu'jam As Shaghir

Status Hadith : Sahih ( صحيح الجامع الصغير ) no hadith 3644

عن جابر رضي الله عنه قال :

( كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا ينام حتى يقرأ " آلم " تنزيل و " تبارك الذي بيده الملك " ) رواه الترمذي

Bermaksud :

Daripada Jabir RA berkata :

Adalah Rasulullah SAW tidak akan tidur sehinggalah dia membaca الم التنزيل dan تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi : no hadith 2969

Status Hadith : Sahih ( صحيح الجامع الصغير ) no hadith 4873

Sekadar Memberi Pendapat

5/26/2009 03:53:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Sedar atau pun tidak, budaya ini dahulunya hangat diperkatakan di semua peringkat. Kemudian, tiba-tiba diam seketika apabila isu berkenaannya mendapat liputan agak melauas di dada-dada akhbar. Komen demi komen diberikan. Hari ini, ianya muncul kembali tatkala masyarakat ' lupa ' akan kewujudannya.

Isunya ialah, remaja lelaki dan perempuan ' diperalatkan' untuk tujuan mengutip derma bagi membina atau membiayai kos penyelenggaraan rumah anak-anak yatim di sebuah negeri di Semenanjung .... Seringkali kelihatan anak-anak kecil ( dalam lingkungan sekolah menengah ) lelaki mahu pun perempuan berdiri di stesen-stesen minyak / restoran menagih simpati orang ramai atas nama nama anak-anak yatim. Kadang-kadang mereka berada di situ sehari suntuk hingga dalam keadaan tiada siapa orang yang mengambil peduli terhadap makan minum dan keselamatan mereka. Lebih menyedihkan, perempuan-perempuan yang masih mentah tentang kehidupan terpaksa menagih derma dan simpati orang ramai tanpa menghiraukan keselematan mereka sendiri....Besar sungguh 'pengorbanan' ini.
Persoalannya, kenapakah anak-anak ini ? Apakah mereka ' gunakan' kanak-kanak lelaki dan perempuan agar orang ramai merasa lebih simpati lantas menghulurkan bantuan? Kenapakah korbankan waktu persekolahan mereka dengan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh orang lain ? Apakah ini kesempitan yang keterlaluan sehingga memaksa mereka merayu, merintih dan menebalkan muka mereka atau pun mereka sebenarnya dipaksa ?

Pernahkan kita terfikir, adakah anak-anak ini 'jujur' dalam usaha mereka atau pun ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kenaifan mereka ? Benar atau tidak, apa yang dilakukan oleh mereka amatlah tidak sesuai dan sepatutnya dipandang serius oleh masyarakat setempat dan pihak-pihak berwajib. Dalam usia ini, mereka sepatutnya berada di sekolah atau rumah mentelaah mata pelajaran. Memberi tumpuan yang sewajarnya kepada pelajaran. Mereka tidak sepatutnya digalas dengan perkara-perkara yang bukan masa dan ketikanya atas alasan aktiviti ' ko kurikulum '. Kalaulah benar mereka yang bertanggungjawab ini ingin membantu mereka, bekalkan mereka dengan ilmu pelajaran yang mencukupi....Bukannya dengan 'mengeksploitasi' tulang empat kerat mereka.... Itu jika benar, kalau tidak besarlah azab Allah Taala ke atas orang-orang yang menzalimi mereka. Berfikirlah sejenak.....

Selamat Melayari Blog Saya

5/05/2009 04:03:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Sekadar gambar hiasan ( Perkhemahan Ibadah di Taman Rekreasi Gunung Nuang )

Alhamdulillah, terbuka juga hati saya untuk membina blog peribadi biar pun ramai rakan-rakan sebelum ini berungguh-sungguh mencadangkannya kepada saya.... Tapi masa tu saya tak begitu berminat kerana lebih suka memberi tumpuan kepada pembinaan laman web sekolah. Mungkin juga kekangan masa yang tidak menentu. Sekarang ini, laman web tu dah siap, cuma ada beberapa perkara sahaja yang belum dimasukkan. Alhamdulillah, dengan kerjasasama semua, proses pembikinannya tak banyak masaalah....Saya harap dengan adanya blog ini, menjadi wadah perjuangan saya di era siber ini dan menjadi sebahagian daripada penyambung ukhuwwah islamiyyah dengan sesiapa sahaja yang inginkan kebaikan...... Segala nasihat dan teguran daripada semua amat saya alu-alukan..