Sayyidul Istighfar

2/25/2012 12:26:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Bermaksud ;
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang berhak diabdikan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Engkau telah menjadikanku dan aku adalah hamba-Mu dan aku di atas perintah dan perjanjian-Mu sekadar kemampuanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengaku akan dosaku. Maka, ampunilah dosaku, sesunguhnya tiada yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.

Pesanan ;

Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim mengamalkan doa ini setiap pagi dan petang kerana fadilat yang dijanjikan oleh Allah Taala adalah amat besar dan ianya digelar sebagai Sayyidul Istighfar ( ibu atau ketua bagi segala istighfar ).

Ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dalam kitab sahihnya ( no hadith 5831 ) daripada Syaddad bin Aus RA berkata, bersabda Nabi SAW ( bermaksud ) : “ Ibu segala istighfar ialah apabila kamu berkata …….( doa di atas ) ……Dan sesiapa yang membacanya di siang hari dalam keadaan dia yakin dengannya lalu dia mati pada hari tersebut sebelum tiba waktu petang, maka dia adalah daripada penghuni syurga. Dan sesiapa yang membacanya di malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya lalu dia mati pada malam tersebut sebelum tiba waktu pagi, maka dia adalah daripada penghuni syurga ”.

Duit Malaysia Dalam Kenangan

2/24/2012 09:17:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Ini antara duit yang pernah digunakan di negara kita Malaysia ( Malaya ), sebelum mencapai kemerdekaan iaitu pada zaman kolonial British...susah nak dapat sekarang ni. Kalau ada pun harganya mesti mahal...







Manakala yang ini pulak antara duit Malaysia selepas mencapai kemerdekaan......pun susah nak dapat..




Ini pulak duit yang kita gunakan sebelum kerajaan Malaysia memansuhkan penggunaan simbol $.......








RM diperkenalkan utk menggantikan simbol $ ......

Duit Baru 2012 - warna warni

2/21/2012 11:22:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Seperti sedia maklum Bank Negara Malaysia baru sahaja memperkenalkan siri baru duit kertas dan duit syiling Malaysia. Duit syiling akan digunakan pada awal tahun 2012 dan manakala duit kertas pula akan digunakan pada bulan Julai 2012. Wang kertas baru yang dikeluarkan adalah RM100, RM50, RM20, RM10, RM5, dan RM1. Bagi kategori wang syiling pula wang baru yang dikeluarkan dan akan berada di pasaran ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Bentuk dan corak duit syiling ini sangat berbeza dengan duit syiling sebelum ini. Perbezaan yang jelas adalah pada corak yang dipaparkan di belakang duit ini. Corak yang dilihat pada gambar ini kelihatan seperti corak batik.

Wang baru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, kejaiban alam semulajadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Gambar dibawah ini merupakan koleksi gambar wang terbaru yang dikeluarkan oleh BNM.








Saksikan video duit baru Malaysia 2012........

Upin dan Ipin ( Bahasa Arab )

1/21/2012 10:49:00 AM, Posted by die_laksamana, No Comment

Kita mungkin dah biasa dengar dialog ni " betul..betul..betul..." Siapa tak tahu, itu kan dialog dalam cerita Upin dan Ipin. Semua orang suka, daripada kanak-kanak hinggalah kepada orang tua macam aku ni. Ceritanya baik untuk kanak-kanak sebab banyak pengajaran dan tauladannya. Latar masa dan masyarakatnya pun agak unik, di kampung dan jauh daripada kesibukan kota. Lagi pun Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka berdua sering mengingatkan kita masa lampau khususnya semasa kita semua masih kecil dahulu....kepada yang masih belum menonton tu, tengok-tengokkanlah.

Apa yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini ialah, Upin dan Ipin dah pun pandai cakap arab. Biasanya dalam Bahasa Melayu....tak percaya ?? Mari kita tengok.....