Mashyur Tetapi Wajar Dinilai Semula ( Episod 1 )

7/15/2009 10:06:00 PM, Posted by die_laksamana, No Comment

Sekadar Gambar Hiasan

Adakah anda pernah terbaca sejarah pembukaan Andalus ? Saya percaya ramai di antara kita yang mengetahuinya. Salah satu kisah yang sungguh masyhur iaitu kisah seorang panglima Islam, Thariq ibnu Ziyad. Apabila beliau berjaya menyeberangi Lautan Sepanyol bersama bala tenteranya, beliau telah membakar sampan / perahu agar tentera-tenteranya itu berperang bersungguh-sungguh dan tidak lagi memikirkan jalan pulang atau lari daripada peperangan. Kemudian, beliau menyampaikan khutbahnya yang masyhur : ( Wahai sekelian manusia ! Di manakah tempat kamu semua hendak melarikan diri ? Lautan di belakang kamu dan musuh pula di hadapan kamu ! Kamu semua tidak mempunyai apa-apa lagi di sini melainkan sifat benar dan sabar..... )

Kisah membakar sampan / perahu yang mashyur ini tidak terdapat dalam mana-mana buku sejarah Islam melainkan 3 buah buku sahaja iaitu :

  • Kitab Al Iktifa’ oleh Ibnu Al Kardabus
  • Kitab Nuzhatul Al Musytaq oleh As Syarif Al Idrisiy
  • Kitab Ar Raudhu Al Mi’thar oleh Al Himyari

Jumhur ulamak-ulamak tarikh ( sejarah ) berpendapat kisah ini diragui kesahihannya atas beberapa dasar / perkara :

  1. Bagaimana Thariq ibnu Ziyad boleh memutuskan perantaraan pulang ke tempat asalnya sedangkan dia dan dan bala tenteranya berada di sebuah tempat yang asing, tidak diketahui apakah kesudahan peperangan ini.
  2. Sabit secara jelas Thariq mengutuskan utusannya kepada Musa bin Nusair meminta pertolongan selepas beliau menyeberangi lautan itu. Musa bin Nusair telah mengutuskan bantuan ketenteraan seramai 5000 tentera. Persoalannya sekarang, bagaimana Thariq meminta bantuan tersebut ? Bagaimana pula Musa boleh menghantar jumlah tentera yang sangat ramai sekiranya Thariq telah membakar perahu-perahunya ? Tidak mungkin Musa boleh menyediakan kelengkapan pengangkutan itu dalam tempoh yang sangat singkat ?
  3. Perahu-perahu ini adalah milik kerajaan Islam. Bagaimana Thariq boleh mengambil keputusan membakarnya tanpa mendapat persetujuan khalifah terlebih dahulu ?
  4. Diketahui umum, Thariq dan bala tenteranya berjuang demi akidah dan mereka semua sangat bersedia menempuh apa jua risiko termasuk syahid di jalan Allah. Bagaimana Thariq boleh membakar perahu-perahu ini dalam keadaan beliau sedar dan tahu akan kesediaan dan hasrat tentera-tenteranya itu ? Tidakkah tindakannya itu seolah-olahnya menggambarkan beliau kurang yakin dengan kesetiaan tentera-tenteranya ?

Wallahu bihi A’lam

No Comment