FADILAT-FADILAT PUASA ( wajib / sunat )
1) Orang Yang Berpuasa Diberi Ganjaran Tidak TerkiraSetiap amalan manusia diberi ganjaran sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda melainkan ibadat puasa. Sesungguhnya ganjaran puasa hanya Allah Taala mengetahuinya. Ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW :
كل عمل ابن آدم يضاعف الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف قال الله عز وجل : إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به ، يدع شهوته وطعامه من أجلي ....... الخ
Bermaksud :
( Setiap amalan anak Adam berganda kebaikannya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda. Berkata Allah Azza Wa Jalla : melainkan puasa, maka sesungguhnya ianya adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran akannya. Dia meninggalkan syahwat dan makannya kerana-Ku ......... )
Sahih Al Bukhari ( 4/103 ) Sahih Muslim ( 1151 )
Selain itu, puasa menuntut kesabaran yang tinggi, menempuah berbagai-bagai ujian dan dugaan di siang hari. Semua itu dilakukan semata-mata kerana Allah Taala. Mereka yang berjaya melalui semua dugaan ini, pasti akan tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar ( As Sobirun )
Firman Allah Taala dalam surah Az Zumar ayat 10 berbunyi :
( Sesungguhnya dilimpahkan ganjaran orang-orang yang sabar itu dengan ganjaran yang tidak terkira banyaknya )
2) Puasa Merupakan Benteng Daripada Api Neraka
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Jabir RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
( Puasa itu adalah benteng di mana seseorang hamba itu berlindung disebaliknya daripada api neraka )
hadith hasan - Sahih Al Jami' 3867
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Said Al Khudri RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
( Sesiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya Allah akan jauhkan wajahnya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun )
Sahih Al Bukhari ( 2685 ) Sahih Muslim ( 1153 )
3) Puasa Adalah Benteng Daripada Nafsu Syahwat
Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita jalan terbaik untuk menundukkan gelora nafsu syahwat khususnya para pemuda yang belum berkahwin dengan cara berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Ibnu Mas'ud RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
( Wahai sekelian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Maka sesungguhnya ia ( berkahwin ) lebih menundukkan pandangan dan lebih terpelihara akan kemaluan. Dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya pada puasa itu ada wija )
Sahih Al Bukhari ( 4779 ) Sahih Muslim ( 1400 )
4) Puasa Merupakan Salah Satu Jalan Ke Syurga
Telah bertanya Abu Umamah kepada Rasulullah SAW :
Wahai Rasulullah ! Suruhlah aku dengan sesuatu yang mana Allah memberikan aku manfaat dengannya. Bersabda Nabi SAW :
( Hendaklah kamu berpuasa. Sesungguhnya puasa itu tiada tolok bandingnya )
Sunan An Nasaei ( 2221 ) hadith sahih - Sahih Al Jami' ( 4044 )
Dalam satu riwayat yang lain, Baginda SAW memberitahu bahawa sesungguhnya di syurga terdapat satu pintu yang hanya dikhaskan untuk orang-orang yang berpuasa sahaja. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Sahl bin Sa'ad RA berkata, bersabda Nabi SAW :
( Sesungguhnya di syurga itu terdapat satu pintu digelarkan dengan nama Ar Rayyan. Orang-orang berpuasa masuk melaluinya pada hari kiamat kelak, dan tiada seorang pun selain mereka masuk melaluinya. Dikatakan : Di manakah orang-orang yang berpuasa ? Lalu mereka pun bangun, tidak masuk melalui pintu itu seorang pun melainkan mereka. Apabila mereka semua sudah pun masuk, pintu itu ditutup dan tiada seorang pun yang boleh masuk melaluinya )
5) Puasa Boleh Memberi Syafaat Kepada Tuannya
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al Hakim daripada Abdillah bin Amru bin Al A'as, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
( Puasa dan Al Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Berkata puasa : Wahai Tuhan, aku menghalangnya daripada memakan makanan dan nafsu syahwat di siang hari, jadikan aku syafaat untuknya. Berkata Al Quran : Wahai Tuhan, aku menghalangnya daripada tidur di malam hari, jadikan aku syafaat untuknya. Berkata Nabi SAW : lalu kedua-duanya memberi syafaat kepada tuannya )
Musnad Imam Ahmad ( 2/174 ), Mustadrak Al Hakim ( 1/554 )
Hadith sahih - Sahih Al Jami' ( 3882 )
6 ) Puasa Merupakan Kaffarah ( penghapus ) Dosa
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Huzaifah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
( Fitnah seorang lelaki terhadap keluarga, harta, anak dan jirannya kaffarahnya adalah solat, puasa, sedekah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran )
Sahih Al Bukhari ( 1796 ) Sahih Muslim ( 144 )
Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah RA berkata, bersabda Nabi SAW :
( Barang sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dalam keadaan dia beriman dan mengharapkan balasan baik daripada Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu )
Sahih Al Bukhari ( 38 ) Sahih Muslim ( 760 )
Daripada Abu Hurairah RA berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
( Solat fardhu 5 waktu, jumaat hingga jumaat selepasnya, ramadhan hingga ramadhan selepasnya merupakan penghapus dosa di antaranya, ( dengan syarat ) dia tidak melakukan dosa besar )
Sahih Muslim ( 233 )
7) Puasa Merupakan Satu Sebab Kebahagian / Kesejahteraan Di Dunia Dan Di Akhirat
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW :
( Bagi orang yang berpuasa itu 2 kegembiraan ; kegemberiaan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya )
Sahih Al Bukhari ( 1085 ) Sahih Muslim ( 1151 )
8) Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Di Sisi Allah Berbanding Haruman Misk
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW :
( Dan jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah jika dibandingkan dengan haruman misk )
Sahih Al Bukhari ( 1805 ) Sahih Muslim ( 1151 )
( Setiap amalan anak Adam berganda kebaikannya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda. Berkata Allah Azza Wa Jalla : melainkan puasa, maka sesungguhnya ianya adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran akannya. Dia meninggalkan syahwat dan makannya kerana-Ku ......... )
Sahih Al Bukhari ( 4/103 ) Sahih Muslim ( 1151 )
Selain itu, puasa menuntut kesabaran yang tinggi, menempuah berbagai-bagai ujian dan dugaan di siang hari. Semua itu dilakukan semata-mata kerana Allah Taala. Mereka yang berjaya melalui semua dugaan ini, pasti akan tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar ( As Sobirun )
Firman Allah Taala dalam surah Az Zumar ayat 10 berbunyi :
إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب
Bermaksud :( Sesungguhnya dilimpahkan ganjaran orang-orang yang sabar itu dengan ganjaran yang tidak terkira banyaknya )
2) Puasa Merupakan Benteng Daripada Api Neraka
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Jabir RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
الصوم جنة يستجن بها العبد من النار
Bermaksud :( Puasa itu adalah benteng di mana seseorang hamba itu berlindung disebaliknya daripada api neraka )
hadith hasan - Sahih Al Jami' 3867
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Said Al Khudri RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
من صام يوما في سبيل الله ، باعد الله وجهه عن النار سبعين خريفا
Bermaksud :( Sesiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya Allah akan jauhkan wajahnya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun )
Sahih Al Bukhari ( 2685 ) Sahih Muslim ( 1153 )
3) Puasa Adalah Benteng Daripada Nafsu Syahwat
Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita jalan terbaik untuk menundukkan gelora nafsu syahwat khususnya para pemuda yang belum berkahwin dengan cara berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Ibnu Mas'ud RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
يا معشر الشباب ، فمن استطاع منكم الباءة فليتزوج ، فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء
Bermaksud :( Wahai sekelian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Maka sesungguhnya ia ( berkahwin ) lebih menundukkan pandangan dan lebih terpelihara akan kemaluan. Dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya pada puasa itu ada wija )
Sahih Al Bukhari ( 4779 ) Sahih Muslim ( 1400 )
4) Puasa Merupakan Salah Satu Jalan Ke Syurga
Telah bertanya Abu Umamah kepada Rasulullah SAW :
Wahai Rasulullah ! Suruhlah aku dengan sesuatu yang mana Allah memberikan aku manfaat dengannya. Bersabda Nabi SAW :
عليك بالصيام ، فإنه لا مثل له
Bermaksud :( Hendaklah kamu berpuasa. Sesungguhnya puasa itu tiada tolok bandingnya )
Sunan An Nasaei ( 2221 ) hadith sahih - Sahih Al Jami' ( 4044 )
Dalam satu riwayat yang lain, Baginda SAW memberitahu bahawa sesungguhnya di syurga terdapat satu pintu yang hanya dikhaskan untuk orang-orang yang berpuasa sahaja. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Sahl bin Sa'ad RA berkata, bersabda Nabi SAW :
إن في الجنة بابا يقال له الريان ، يدخل منه الصائمون يوم القيامة لا يدخل منه أحد غيرهم ، يقال : أين الصائمون ؟ فيقولون ، لا يدخل منه أحد غيرهم ، فإذا دخلوا أغلق ، فلم يدخل منه أحد
Bemaksud :( Sesungguhnya di syurga itu terdapat satu pintu digelarkan dengan nama Ar Rayyan. Orang-orang berpuasa masuk melaluinya pada hari kiamat kelak, dan tiada seorang pun selain mereka masuk melaluinya. Dikatakan : Di manakah orang-orang yang berpuasa ? Lalu mereka pun bangun, tidak masuk melalui pintu itu seorang pun melainkan mereka. Apabila mereka semua sudah pun masuk, pintu itu ditutup dan tiada seorang pun yang boleh masuk melaluinya )
5) Puasa Boleh Memberi Syafaat Kepada Tuannya
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al Hakim daripada Abdillah bin Amru bin Al A'as, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة ، يقول الصيام : أي الرب منعته الطعام والشهوات بالنهار فشفعني فيه ، ويقول القرآن : منعته النوم بالليل فشفعني فيه ، قال : فيشفعان
Bermaksud :( Puasa dan Al Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Berkata puasa : Wahai Tuhan, aku menghalangnya daripada memakan makanan dan nafsu syahwat di siang hari, jadikan aku syafaat untuknya. Berkata Al Quran : Wahai Tuhan, aku menghalangnya daripada tidur di malam hari, jadikan aku syafaat untuknya. Berkata Nabi SAW : lalu kedua-duanya memberi syafaat kepada tuannya )
Musnad Imam Ahmad ( 2/174 ), Mustadrak Al Hakim ( 1/554 )
Hadith sahih - Sahih Al Jami' ( 3882 )
6 ) Puasa Merupakan Kaffarah ( penghapus ) Dosa
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Huzaifah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
فتنة الرجل في أهله وماله وولده وجاره تكفرها الصلاة والصوم والصدقة والأمر والنهي
Bermaksud :( Fitnah seorang lelaki terhadap keluarga, harta, anak dan jirannya kaffarahnya adalah solat, puasa, sedekah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran )
Sahih Al Bukhari ( 1796 ) Sahih Muslim ( 144 )
Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah RA berkata, bersabda Nabi SAW :
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Bermaksud :( Barang sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dalam keadaan dia beriman dan mengharapkan balasan baik daripada Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu )
Sahih Al Bukhari ( 38 ) Sahih Muslim ( 760 )
Daripada Abu Hurairah RA berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
الصلوات الخمس ، والجمعة إلى الجمعة ، ورمضان إلى رمضان ، مكفرات ما بينهن إذا اجتنب الكبائر
Bermaksud :( Solat fardhu 5 waktu, jumaat hingga jumaat selepasnya, ramadhan hingga ramadhan selepasnya merupakan penghapus dosa di antaranya, ( dengan syarat ) dia tidak melakukan dosa besar )
Sahih Muslim ( 233 )
7) Puasa Merupakan Satu Sebab Kebahagian / Kesejahteraan Di Dunia Dan Di Akhirat
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW :
للصائم فرحتان : فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه
Bermaksud :( Bagi orang yang berpuasa itu 2 kegembiraan ; kegemberiaan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya )
Sahih Al Bukhari ( 1085 ) Sahih Muslim ( 1151 )
8) Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Di Sisi Allah Berbanding Haruman Misk
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW :
والذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك
Bermaksud :( Dan jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah jika dibandingkan dengan haruman misk )
Sahih Al Bukhari ( 1805 ) Sahih Muslim ( 1151 )